Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CARA PENGIRAAN ORANG TUA-TUA DAHULU SEKIRANYA KALAU INGIN MENCARI MENANTU.


Kali ini hanya ingin berkongsi ilmu pengiraan orang-orang dahulu untuk memilih calon isteri atau menantu. Tetapi janganlah pula orang awam di luar sana mengguna pakai cara ini kerana saya sekadar ingin berkongsi bagai mana kaedah sesetengah orang tua-tua dahulu membuat pengiraan mereka untuk memilih isteri atau mencari menantu.

Cara ini tidak terdapat di dalam Al-Quran dan sirah, saya menceritakan semua ini adalah kerana ingin anak muda masa kini melihat bertapa cermatnya orang tua-tua dahulu sekiranya kalau ingin mencari jodoh untuk anak-anak mereka.
Orang tua-tua dahulu mereka akan menggunakan empat unsur alam contohnya

1. Tanah
2. Air
3. Api
4. Again

Cara kaedahnya untuk membuat pengiraan adalah seperti berikut. 

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang.

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat.

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.

4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.

6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik.

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.

6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah.

Di sini saya tidak mahu menceritakan pekara nagetif sebab tidak mahu ada yang terasa hati dan rendah diri, jadi semua ilmu yang lengkap saya hanya akan turunkan kepada anak murid saya sahaja. 
Sekarang ini ilmu pengiraan sebegini telah tidak di amalkan lagi dan ilmu ini hanya sekadar menjadi buah mulut untuk anak Melayu menceritakan berta seninya nenek moyang kita terdahulu semasa hayat mereka.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan