"Aku meluat betul le dengan pokok ni buat semak je laman rumah aku".. Kata sahabat saya ketika melawat nya pagi tadi.
"Awatnya dengan pokok tu dia bukan dok kacau hang".. Kata saya sambil mengumpulkan pokok katam seribu yang di buangnya..
"Hang nak buat apa dengan pokok tu" tanya kawan saya bila melihat semua pokok katam seribu yang di buangnya telah di ambil oleh saya.
"Aku nak buat ubat" jawab saya ringkas.
Ubat apa boleh buat dengan pokok tu? nak menyemak laman rumah boleh le" katanya sambil memotong pokok katam seribu yang banyak menjalar di depan pagar rumahnya..
Lalu saya berkata kepadanya " Hang tau tak pokok yang hang buang ni ubat yang cukup mustajab kalau orang kena penyakit buasir berdarah.
Kalau orang kena penyakit buasir hang ambil batang dia hang potong halus kemudian makan dengan roti atau pisang emas kemudian ambil sedikit batang pokok ketam seribu tumbuk bagi hancur letak dalam kain dan layur dekat api pelita minyak tanah untuk di buat tuam dekat jubur yang rembung yang keluar tu, In Sha Allah tak sampai tiga hari kecut buasir tu dan lega penyakit buasir tu". terang saya kepadanya kelebihan khasiat pokok katam seribu yang di anggap tidak berguna itu.
Selepas saya bercerita khasiat pokok katam seribu, terus sahabat saya tak jadi membuang pokok katam seribu kerana dia memang sakit buasir berdarah..
0 Ulasan