Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DOA MEMANCING IKAN

Saya hanya berkongsi pengatahuan untuk masalah ilmu perubatan sahaja, tetapi terlalu ramai sangat meminta saya kongsikan ilmu memancing. Oleh itu di sini ingin saya kongsikan kepada peminat memancing.

Pertama kena faham setiap rezeki kita atas muka bumi telah ditulis dan ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, tinggal kita berusaha hendak mendapatkannya dengan jalan yang diredai Allah s.w.t.

Ade ke ilmu memancing ikan ni? ada bermacam cara dari petua hingga bacaan tertentu. Berikut diberi dua cara doa atau jampi memanggil ikan:

Cara Pertama:

Maksudnya:

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Jathiyah ayat 12)

 اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. InysaAllah ada ikan yang mengena walaupun seekor yang ada di situ.

Cara Kedua:

Ambil air ditempat anda memancing tersebut (sungai/kolam/tasik/laut) segelas atau sebotol, bacakan pada air tersebut surah Fatihah sekali dan selawat 11 kali. Tiupkan pada air tersebut dan minta Ya Allah jadiknlah air & umpan ku ini sebagai daya penarik pada ikan di dalam sungai/laut ini.

Ambil air tadi separuh curah kembali ke dalam sungai/kolam/tasik/laut, separuh lagi gunakan dalam bekas umpan hidup, campuran atau gaulkan dengan umpan yang akan digunakan.

Ingat, INI hanya ikhtiar tapi Allah yang Maha Berkuasa memberi rezeki ke atas sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Perhatian kalau tidak dapat ikan besar boleh cepat pergi ke pasar dengan menyediakan umpan kepala Agong...
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan