
Tadi disebuah warung kopi ditepi jalan, ramai orang datang bersalaman dengan saya, katanya mereka mengenali saya.
Saya hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman sebagai tanda persaudaraan.
Macam-macam persoalan yang ditimbulkan kepada saya untuk mereka mendapatkan kepastian dan jawapan, dan salah satu soalan yang ingin saya kongsi di muka buku ini ialah soalan dari seorang lelaki katanya beliau adalah perawat Islam.
Bagaimana cara Rasulullah merawat pesakit ?...
Soalan ini ingin saya kongsikan kepada umum sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada yang ramai...
Mudah untuk merawat pesakit, tak kira sama ada misteri, zahir ataupun batin dan lakukanlah seperti mana Rasulullah pernah merawat seorang lelaki Arab yang telah datang kepada beliau dan menyatakan saudaranya di timpa satu penyakit.
Kemudian Rasulullah saw meminta supaya Si sakit berada di hadapan Rasulullah saw, lalu menyentuhkan tangan kanannya pada badan Si sakit, kemudian beliau membaca beberapa rangkaian ayat-ayat Al- Quran.
Di antara ayatnya:-
1. Surah Al-Fatihah.
2. Ayat Kursi.
3. Wa-ilaahukum.
4. Surah awal Al-Baqarah ( Lillaalimaa fissamma watiwamaa fir ardh" dan akhir surah Al-Baqarah.
5. Surah Al-Ikhlas.
6 Surah Al Falaq.
7. Surah An-Nas.
Tetapi yang penting sekali sebelum membaca ayat-ayat tersebut bacalah surah Ali-Imran ayat ke 18 yang bermaksud" Allah menerangkan kepada sekalian makhluk Nya dengan dalil-dalil dan bukti, bahawasanya tidak Tuhan yang disembah melainkan Dia. yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha kuasa lagi Maha bijaksana.
Anda boleh membaca semua ayat-ayat tersebut berulang kali kerana Allah suka kita membaca ayat-ayat darinya ....
In Sha Allah sembuh penyakit itu dengan izinNya..
0 Ulasan