Hari ini saya masuk hutan untuk mencari herba untuk buat jamu wanita.
Semasa saya mencari herba wanita saya ternampak herba untuk lelaki pulak, jadi saya nak berkongsi herba yang saya nampak ini untuk lelaki.
Nama pokok ini tempat saya orang panggil LEMBA BATU, pokok ini banyak tumbuh di kawasan yang sejuk sedikit terutamanya di kawasan yang ada batu sebab itu kami di sini memanggilnya lemba batu.
Khasiat pokok ini cukup baik untuk lelaki yang bermasalah dengan tenaga batin dan air mani yang tidak subur
Caranya ambil 10 helai daun lemba batu ini dan rebus dengan dua cawan air sehingga mendidih dan minum air rebusan itu dua kali sehari.
Daunnya boleh di buat seperti daun teh kalau kita nak minum.
In Sha Allah bagi mereka yang bermasalah dengan tenaga batin akan pulih kembali, sekiranya ia kerap di amalkan.
0 Ulasan