Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MENGAPA PERLU BERSEDIH.

"Mengapa menangis?" tanya saya kepada seorang lelaki melayu yang datang meminta nasihat dan pandangan, kerana ia baru berpisah dengan isterinya.

"Saya sedih ustaz, sebab isteri saya sanggup tinggalkan saya" sambil tangannya mengesat air matanya..

"Dah ada anak bersama isteri awak ?" tanya saya lagi..

"Dah dua orang anak saya bersamanya ustaz" kata lelaki dengan air mata yang berlenang...

Tersentuh juga hati saya, padahal saya bukan berminat sangat untuk mencampuri urusan duniawi, apatah lagi kalau urusan rumah tangga orang..

"Saya dah bagi kasih sayang kepadanya tetapi dia sanggup tinggalkan saya dan anak-anak kerana berjumpa dengan kekasih lama dia" semakin kuat lelaki itu menangis, sehinggakan air hidungnya juga keluar....

"Hidup saya gelap  macam malam sahaja bila orang yang di sayangi telah tinggalkan saya dan anak-anak, ustaz" sambungnya lagi...

"Saudara menangis kerana manusia?...bukan menangis kerana Allah, itulah silapnya saudara kerana terlalu kasih kepada manusia sehingga memberi seratus peratus cinta kepada makhluk, sepatutnya kepada Allah barulah saudara tidak akan kecewa bila di tinggalkan isteri.." nasihat saya kepada lelaki itu sambil tangan saya merampas bahunya...

"Saudara....malam yang paling gelap itulah yang menghasilkan bintang yang paling indah, jadi mengapa hendak bersedih, kerana Allah tidak pernah menganiayai makhluknya" kata saya padanya.

"Nah!!! saudara bacalah ayat ini sebanyak mungkin dan jadikanlah ia amalan zikir dan faham semua maksud ayat, In Sha Allah saudara akan tenang dan redha semua yang berlaku sekarang ini.."
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan