Kalau siapa yang lahir awal tahun lapan puluhan dan tentu pernah tengok cerita lakunan Hamid gurkha dalam filem Ragam Pemandu, telah melanggar seorang budak yang di botakkan kepalanya kerana kerap kencing malam..
Mungkin sekarang ini ramai kanak-kanak yang tidak lagi kencing malam seperti dahulu, tetapi pekara ini masih lagi belaku. Jadi hari ini ingin saya kongsikan satu petua orang tua-tua dahulu sekiranya anak-anak mereka kalau kencing malam.
Caranya adalah amat mudah sahaja kerana orang-orang tua dahulu kalau anak kencing malam, mereka akan mengambil secubit tembakau dan akan letakkan sedikit minyak angin di tembakau itu kemudian tembakau itu diletakkan di dalam pusat ( kalau boleh tampalkan dengan plaster agar tidak jatuh bila tidur nanti).
Itulah cara orang dahulu kalau anak mereka kencing malam, dan bagi saya berpunca kencing malam ialah kerana kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.
Apa yang saya risaukan ialah kencing kawan atau kena kencing sahaja, kerana ia adalah lebih teruk daripada kencing malam.
0 Ulasan