Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RAHSIA KELEBIHAN KERAK NASI

Kerak Nasi

Tersenyum saya melihat kawan saya yang datang berjumpa saya di tempat membeli bahan binaan untuk membuat madrasah yang sedang di bina di dalam hutan, bila kawan saya menceritakan isterinya muntah-muntah semasa mengandung dan apa yang lebih merisaukan beliau isterinya berbau busuk sehingga muntah bila berada dekat dengannya.

“Hang kena tolong aku kali ini Di ( Rosdi) kalau tidak pening aku sebab bini aku bukan sahaja bau tengok muka aku pun dia dah muntah” ..kata kawan saya yang bernama Mansur.

“Teruk benar alahan bini hang kali ni” ..jawab saya pendek sambil menggaru kepala yang tidak terasa gatal.

“Hang tolong jampi sat ayaq tawaq dalam ni”..sambil kawan saya menghulur sebotol air mineral yang telah di minumnya.

“Senang je dan tak payah nak berjampi kalau bini alahan macam tu”..kata saya sambil menolak air mineral yang di hulurkan dari tangan kanannya.

“Nak buat macam mana”..tanya dengan wajah mengharap.

“Alah sat lagi bila malam hang balik, masak nasi sampai jadi kerak dan hang ambil nasi yang sempurna sehinggakan tinggal bahagian kerak sahaja, kemudian hang masukkan air satu botol air mineral dan biarkan selama semalaman, kemudian pada besok pagi hang bagi bini hang minum air kerak nasi tu In Sha Allah hilang terus muntah-muntah dan termasuk alahan bau badan hang tu”..terang saya kepadanya.

Kepada sesiapa yang isterinya ada masalah alahan sebegini, boleh mencuba petua orang tua-tua dahulu dan tak perlu nak pening-pening kepala bila pekara ini terjadi.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan