Saya masih ingat lagi diwaktu kecil bila sahaja waktu persekolahan hendak bermula, emak saya akan mencari kelapa parut dan santannya untuk digunakan sebagai membuang daki yang ada pada seluruh badan saya dan abang saya.
Santan kelapa di gunakan untuk mencuci kepala serta hampas kelapa digunakan untuk membersihkan daki pada kulit dan keputusannya memang memuaskan.
Itulah cerita saya pada waktu kecil bila habis saja cuti sekolah dan boleh dikatakan ramai ibu bapa akan buat begitu kepada anak-anak mereka dahulu.
Untuk pengetahuan semua santan kelapa kaya dengan kandungan mineral, vitamin, elektrolt, potassium, khlorida dan juga kalsium.
Ia juga menjadi khasiat untuk sebagai anti bakteria, anti virus, anti jemur dan anti mikroba.
Bagi mereka yang ada masalah dengan kulit kepala yang berkelamumur amat berkesan jika digunakan seminggu sekali.
Sesiapa yang menggosok hampasnya pada kulit badan kita kulit kita payah untuk di jangkiti penyakit kulit serta kulit kita akan kelihatan bersih dan licin.
0 Ulasan