
Bila nak bercerita tentang zuriat ini, memang malas saya nak huraikan panjang lebar dalam perkara sebegini, kerana saya melihat kebanyakan manusia hari ini lebih berkiblatkan hati dan perasaan daripada berpegang teguh kepada ajaran Islam...
Ilmu dan petua orang-orang lama terdahulu kini dianggap kolot dan bodoh, padahal kalau tiada orang-orang terdahulu dimanakah datangnya kita sekarang ini..
Hari ini saya nak ajar Ilmu dan petua orang-orang terdahulu cara untuk berjimak supaya kita akan mendapat zuriat yang soleh..
Melakukan jimak itu hendaklah mempunyai niat, supaya apabila telah menjadi benih, biarlah benih itu menjadi seorang anak yang soleh..
Suami isteri hendaklah tahu waktu yang sesuai untuk berjimak, kerana masa dan waktu adalah penting sekiranya suami dan isteri melakukan jimak..
Waktunya haruslah pada sebelah malam hari dan hari-hari yang sesuai untuk berjimak agar mereka mendapatkan anak yang soleh ialah:
1. Malam isnin jam pukul 9 malam.
2. Malam khamis jam pukul 12 malam.
3. Malam jumaat jam pukul 3 pagi.
Sebelum melakukan jimak suami serta isteri hendaklah berdoa kepada Allah supaya mereka mendapatkan anak yang soleh..
Semasa melakukan sek ketika si suami berahi ingin menjatuhkan air mani kedalam rahim isterinya, hendaklah si suami berdoa "Ya Allah jatuhkan benih ku ini seorang yang soleh"..
Si isteri pula juga perlu berdoa ketika menyambut air mani suami dengan berdoa "Ya Allah masukkan benih yang soleh kedalam rahim ku"..
Inilah pekara pertama yang harus ibu bapa lakukan semasa berjimak..
Sesungguhnya anak yang soleh akan mendoakan kepada mereka bila meninggal dunia nanti..
0 Ulasan