Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PELIK TAPI BENAR

Sememangnya anak muda tidak pernah tahu pekara sebegini malah ada pulak yang akan kata khurafat dan bertentangan dengan agama islam sekiranya menggantungkan tangkal di pintu rumah.

Tetapi Inilah satu petua orang tua-tua dahulu sekiranya rumah mereka di ganggu oleh makhluk halus.

Sebenarnya pekara ini sedikit pun tidak bertentangan dengan agama islam Kerana ia adalah sekadar petua sahaja dan sesungguhnya petua itu adalah lebih tua daripada ilmu.

Bagi orang-orang tua dahulu sekiranya rumah mereka sering di ganggu oleh makhluk halus mereka akan mencari pokok batang jelatang gajah, awas harus berhati-hati semasa mengambil batang jelatang gajah kerana takut terkena sengatnya yang berada di sekeliling daunnya. Andai kata terkena sengatnya kulit akan menjadi bengkak, panas dan gatal yang amat teruk, tetapi saya suka makan pucuknya kerana sangat sedap kalau tahu cara mengambilnya.

Setelah mengambil batang jelatang gajah berukuran setengah inci kemudian di letakkan di dalam selaput upih pinang dan di camburkan sedikit tahi besi lalu di ikat seperti sup bunjut dan di rendamkan di dalam segelas air kemudian di bacakan surah Yasin sebanyak tiga kali barulah boleh di gantung di pintu rumah.

Inilah cara orang tua-tua dahulu mahu mengelakkan gangguan mahkluk halus yang sering masuk ke dalam rumah mereka.

Saya juga pernah mencuba petua sebegini kepada rumah pesakit saya, Alhamdulillah menjadi kerana selepas itu rumahnya tidak lagi di ganggu makhluk halus.


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan