Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TANDA-TANDA KAPEL OBSES DENGAN BIDEO GAMES

Kalau dah ada tanda cam disenaraikan ni teriadi kat kapel korang, rasanya baiklah blah aje. Citer banyak pun tak guna.

Korang terpaksa buat appointment untuk berdating bagi mengelakkan berlaku pertindihan jadual dengan hobi kegemarannya tu.

Sekiranya korang tergemuk atau terkurus atau kembali ke rahmatullah pun, langsung tak diperasannya tapi kalau game baru keluar pasaran memang dia ambik berat.

Panggilan korang biasanya dijawab oleh rakaman suaranya yang ngatakan dia tengah sibuk main game.

Sepanjang berdating dia lebih banyak bercerita pasal kebestan game dan takde lain melainkan cerita pasal game, game, game dan game.

Ada macam-macam nama panggilan manja untuk setiap gamenya tapi sebaliknya nama korang dia buleh terlupa

Langsung tak ingat yang korang merupakan. kapelnya dan dalam erti kata lain, tak ingat sebetulnya dia ada kapel



Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan