PERNAH TAK KORANG TERPIKIR KENAPA DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK HANYA BOLA SEPAK SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN?
KENAPA TIDAK GUNAKAN BOLA LAIN? BENTUK SAMA NAMA PUN SAMA IAITU BOLA APA AKAN JADI BILA BOLA SEPAK DITUKARKAN KEPADA BOLA PING PONG?
Pemain akan bawak bola sendiri dalam poket dan cuba mengelirukan pihak lawan dengan menukar bola yang sedia ada.
Pengadil perlawanan akan menggunakan kanta pembesar untuk melihat bola.
Penjaga gol tak perlu bersusah payah untuk membuat pelbagai aksi kerana dengan hanya menggunakan dua jari sahaja sudah mampu menyelamatkan pintu gol
Pemain akan cepat terhantuk sesama sendiri kerana asyik melihat bola atau ketika perebutan bola di udara ketika ingin menanduk bola.
Di dalam satu perlawanan hampir menggunakan lima ratus ribu biji bola akibat selalu pecah kerana dipijak pemain.
Penjaga garisan terpaksa menggunakan teropong untuk melihat bola yang masih berada atau telah keluar dari padang. Mungkin tidak wujud tendangan percuma, penalti ataupun tendangan gol kerana tahap kelajuan bola amatlah minimum.
Tiada lagi acara membawa bola ping pong dalam sudu kerana tiada sudu yang mampu untuk membawa bola sepak dalam mana-mana acara sukaneka di sekolah.
0 Ulasan