Ambil hempedu ayam hutan yang masih basah atau sudah dikeringkan, kemudian ditelan. Insya'Allah akan segera sembuh.
ATAU...,
Ambilkan 3 biji buah kelapa muda. Tebuklah dan buatlah seperti biasa kita meminumnya. Setelah ditebuk lalu diberi minum kepada beruk, tetapi jangan sampai habis. Setelah itu air yang bak didalam kelapa tersebut hendaklah kita meminumnya. Lakukanla sedemikian selama 3 hari berturut-turut dengan menggunakan 3biji kelapa. Insya' ALlah dalam beberapa hari anda akan sembuh.
ATAU...,
Perah susu kambing, tapiskan dan kemudian minumla secara mentah setiap pagi. Jika amalkan, lelah tersebut akan beransur hilang.
ATAU...,
Asahkan Kulat Susu Harimau kemudian dicampur dengan air nasi yang sedang mendidih, biarkan sehingga sejuk ken diminum. Buatlah beberapa kali.
TANDA-TANDA DISERANG PENYAKIT INI
1. Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara
2. Pernafasan menjadi sesak berulang kali.
3. Diikuti pula oleh batuk dan bernafas tercengah-cengah
4. Dada pesakit akan merasa sebak dan sempit.
5. Serangan yang lebih teruk membuatkan pesakit batuk hingga membawa kepada muntah-muntah.
TANDA-TANDA AWALNYA
1. Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mengalami sesak nafas yang berulang-ulang.
2. Pernafasan itu mengeluarkan suara bunyi yang halus
3. Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari mungkin berbulan-bulan.
4. Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielak. Tetapi di bawah ini disediakan cara-cara atau mengubatinya.
SEBAB-SEBAB UTAMA PENYAKIT LELAH
1. Alergi-iaitu keadaan seseorang itu yang sensetif kepada se bahan tertentu seperti habuk atau bahan-bahan pencer didalam udara yang disedut. Ada yang sensitif kepada ke bulu ayam, habuk, bulu kucing, air batu, udara seju sebagainya. Ada yang sensitif kepada makanan seperti udang, beberapa jenis ikan, ais kerim dan ubat.
2. Ubat-ubat seperti aspirin boleh menyebabkan penyakit lelah.
3. Keadaan alam sekitar yang tercemar menyebabkan lelah
4. Senaman atau riadah boleh memburukkan lagi penyakit
CARA MENGAWAL PENYAKIT INI
Ambil beberapa helai daun atau tangkai bunga kecubu lembutkannya sehingga betul-betul lembut, kemudian dijer sehingga kering dan dibuat sebagai rokok.
ATAU...,
Sentiasa amalkan memakan udang ketak.
ATAU...,
Ambil daun pokok ekor kucing dan ambil sedikit daun sireh, Kedua-duanya digumpal sehingga keluar buihnya. Lalu buihnya dan lumurkan (tampalkan) ke bahagian bawah tekak (dekat halkum).
0 Ulasan