Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ILMU BATANG KELADI UNTUK SUAMI YANG BERISTERI DUA..

Kalau tak kena sihir batang keladi bolehlah ketawa, tetapi kalau dah kena, hidup dah berguna sebagai lelaki..
Semasa arwah ayah hidup dahulu beliau kerap kali merawat sihir batang keladi ini, tetapi di zaman saya amat jarang sekali bertemu dengan sihir seperti ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam bagai mana cara untuk merawat sihir batang keladi saya telah mempelajari ilmu sihir ini dengan seorang wanita melayu yang saya anggap sebagai ibu angkat saya di Manjung Perak, dan kini beliau telah pergi menghadap Ilahi membawa dosa dan pahalanya...

Ilmu ini sebenarnya adalah sejenis ilmu sihir yang banyak diamalkan oleh wanita yang sakit hati dengan suaminya kerana beristeri dua dan mata keranjang, kerana mereka tidak mahu berbahagi kasih untuk wanita yang lain, dan ilmu ini asalnya dari Jawa Barat..

Barang sesiapa yang terkena ilmu sihir jenis ini nafsunya tidak hilang pada wanita yang lain, tetapi alat kelakiannya tidak dapat berfungsi dan menjadi kecut bila seperti batang keladi yang kering...

Untuk menyediakan sihir ini si isteri haruslah mencari batang keladi yang sama besar dan sama panjang dengan kemaluan suaminya, lalu melakukan jimak terlebih dahulu bersama suaminya untuk mendapatkan air mani dari suami kemudian disapukan batang keladi, lalu akan di jampi serapah dengan ayat seperti pantun sahaja, doa jampinya  tak dapat saya kongsikan sebab takut ada yang cuba mengamalkannya dan sesungguhnya Allah melarang kita melakukan dosa syirik ,sekutu dan munafik. 
Ilmu ini tidak akan menjadi kalau tiada doanya...

Batang keladi itu haruslah di jampi serapah selama tiga hari berturut-turut lalu diletakkan di bawah tungku dapur sehingga batang keladi itu betul-betul kering, dan setelah batang keladi itu kering, si isteri akan menyimpul batang keladi itu, maka alat kelamin si suami akan menjadi kecut seperti mana batang keladi yang telah di simpul itu...

Si isteri pula sekiranya untuk bersama suaminya, barulah ia akan membuka simpulan batang keladi itu, barulah alat kelamin dapat berfungsi seperti biasa...

Ilmu sihir ini amat sukar di rawat, hanya orang-orang tua yang benar-benar arif sahaja yang tahu membuka kuncinya..
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan