Kehidupan saya semasa di zaman kanak-kanak dahulu yang hidup bersama seorang ayah yang garang serta tegas dalam merawat pesakit, ada diantara pesakitnya ayah akan menggunakan herba untuk merawat pesakitnya, jadi saya sebagai anak sedikit sebanyak dapat juga mempelajari kegunaan herba yang digunakan untuk merawat pesakitnya.
Jadi hari ini saya ingin menceritakan herba yang ayah saya gunakan dahulu bagi merawat penyakit yang sesuai dengan herba yang diperlukan oleh badan pesakit itu.
kita selalu saja cabut dan buang kalau dia tumbuh tepi laman rumah kita. sebab kita anggap dia tak berguna untuk kita
Tapi bagi orang yang tahu khasiatnya orang akan ambil jemur untuk dapatkan ubinya untuk di jadikan bedak, Itu bagi orang yang tahu kegunaan tumbuhan liar ini.
Allah SWT menjadikan sesuatu kejadian tumbuhan yang dekat dengan kita mesti ada sebab, Kerana Allah maha pengasih lagi maha penyayang, lalu Allah jadikan tumbuhan rumput liar yang tak perlu di tanam sebagai penawar bagi kita yang memerlukan kesembuhan bagi mendapatkan keselesaan dalam kehidupan.
Tumbuhan yang saya maksudkan itu ialah orang kampung saya panggil rumput TEKI.
Rumput ini kalau kita ambil lebih kurang dalam sepuluh pokok dan di rebus dengan dua cawan air sehingga menjadi satu cawan air dapat menjadi penawar ubat batuk, ia juga kalau amat berguna untuk mereka yang bermasalah dengan penyakit sendi, dengan meminum air rebusan dari rumput ini.
Rumput ini amat berguna bagi merawat masalah keputihan bagi wanita dengan meminum air rebusan dia.
Ubi dia orang buat bedak untuk mereka yang bermasalah dengan jerawat.
0 Ulasan