Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERKARA PENTING BAGI MEREKA YANG INGIN BELAJAR MAKRIFATULLAH

Yang ada di dalam kepala manusia adalah sebuah jaringan Pusat sistem saraf yang disebut otak.
Otak dalam bahasa Arab adalah Dimag. Otak adalah peranti fizik yang sangat penting.
Otak bertanggung jawab terhadap pengaturan di seluruh badan sama ada badan yang kasar ataupun halus.

Otaklah yang mengurus takbir seluruh anggota fizik manusia untuk berinteraksi dengan alam.

Jika keadaan otak sihat, maka ia akan berinteraksi dengan normal dan terurus serta semuanya fizik anggota badan akan menjadi stabil dan teratur.

Oleh itu memang patut lah kita menyebut otak itu sebagai sebuah mahligai.
Kemudian disebutkan yang ada di antara otak adalah Manik.

Apa itu Manik ?

Dalam bahasa sains ia di sebut Pineal Body Yang memiliki warna kemerahan abu-abuan berukuran 8 mm, Manik adalah pineal kelanjar, ia adalah  inti pati mata ketiga, ia begitu amat misteri sekali di dalam otak manusia, dimana ia berpusat.
 Di situlah terletaknya mahligai zat bagi orang  untuk mengenal diri supaya mengenal pencipta.

Untuk menerangkan cahaya manik tadi, kita sama sekali dilarang memakan benda yang haram, sekiranya kita mahu ia lebih terang haruslah kita mengelakkan daripada memakan benda dalaman seperti hati, limpa, dan dan jantung binatang kerana ia akan memalapkan cahaya Manik itu .

Sekiranya Manik itu sempurna maka ia akan menjadikan hati kita bersih serta selalu akan melakukan kebaikan, kerana orang yang Maniknya terang, hatinya selalu mengingati Allah serta mereka juga tidak mempunyai perasaan hasrat dengki kepada manusia.

Macam mana kita nak tahu seseorang itu tidak ada perasaan dengki kepada manusia ? 

Jawapannya tengoklah diri sendiri, sekiranya kita masih lagi ada perasaan itu bermakna Mahligai Manik kita itu bermasalah.

Oleh itu kita belum lagi sampai kepada makrifat kepada Allah.

Cuba kita menilik diri kita sendiri.
Apakah perasaan itu masih ada kepada diri kita.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan