Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BUASIR BERDARAH

Siapa yang kena penyakit ini nak buat kerja berat pun jadi payah. Apa yang lebih menakutkan lagi kalau kita hendak buang air besar, kita akan terkejut bila melihat darah yang keluar dari dubur kita.
Tahukah kita kenapa buasir itu berlaku di dubur kita.
Ia berlaku kerana salur darah vena rektum terenggang dan otot dubur kita bengkak sehinggakan menyebabkan berlaku pendarahan di bahagian yang tersempit itu .

Di sini saya nak menceritakan bagai mana orang tua-tua dahulu merawat penyakit buasir ini dengan menggunakan herba.

Orang tempat saya memanggilnya pokok KADUK GAJAH, bunganya sangat wangi yang berbau seperti bunga melur.

Pokok ini amat mustajab kalau mereka yang bermasalah dengan penyakit buasir dan andai kata kalau kita bermasalah dengan penyakit ini ambilkan akarnya lebih kurang 500 gram dan rebus dengan air lebih kurang 1.5 liter air sehingga menidih dan minum air tadi selama beberapa hari.
Kalau hendak lebih berkesan campurkan sedikit belalai sarang kelulut.

In Sha Allah cukup mustajab.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan