Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HEMPEDU AYAM KAMPUNG

Manusia selalu menilai, barang yang buruk serta busuk itu selalunya rendah nilainya.
Tapi nak buat macam mana dah itu lumrah kehidupan manusia.

Begitulah juga apa yang hendak saya sampaikan hari ini, perkara yang jarang sekali di pandang orang manusia, iaitu hempedu ayam kampung.

Sebenarnya hempedu ayam kampung ini adalah penawar yang amat mustajab bagi penyakit kencing manis untuk merawat penkreas yang rosak.

Tahukah kita semua penkreas di tugaskan oleh Allah SWT untuk memproduksikan hormon serta enzim untuk menghancurkan makanan didalam perut manusia, dan ia juga memiliki fungsi endokrin dan eksokrin.

Endokrin ditugaskan mengeluarkan hormon yang tidak di alirkan melalui saluran penkreas, kerana ia bertindak langsung ke aliran darah, hormon itu yang dinyatakan sebagai insulin. Ia menjadi energi kepada tubuh kita sebab insulin tadi akan mengikat glukosa dari darah kedalam tubuh kita, ia juga bertindak dari glukosa kepada glikogen kemudian ia disimpan dalam sel-selnya.

Pankreas adalah merupakan satu alat sebagai sistem pencernaan yang terdapat jutaan sel yang dalam cluster, dan sel inilah yang akan melepaskan hormon yang diperlukan oleh tubuh kita.

Untuk pengetahuan semua buat masa sekarang ini tidak ada lagi ubat untuk merawat penkreas yang rosak, dan yang menjadi kerisauan kita sekiranya kita terlalu lama dan kerap mengambil ubat untuk penyakit ini ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kita.

Jadi di sini ingin saya kongsikan penawar bagi penkreas yang tidak pernah difikirkan oleh kita semua, iaitu hempedu ayam kampung.

Bagi mereka yang ingin mencubanya untuk merawat penkreas mereka dengan cara kuno orang tua-tua dahulu . Mereka perlu mengambilnya dua kali sehari pagi dan malam dengan cara menelan hempedu ayam kampung selama 30 hari keatas, jangan terkejut sekiranya penkreas anda pulih seperti biasa kerana penawar daripada seekor ayam kampung sahaja.

Untuk pengetahuan semua dengar mudah tetapi rumit untuk kita hari ini, kerana untuk mendapatkan hempedu ayam kampung bukan semudah dahulu.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan