Sakit kita berubat, berdosa kita bertaubat selagi kita punya hayat, janganlah kita mengeluh kerana Allah memberikan kita sejengkal penyakit, sedangkan kita akan menerima sedepa kenikmatan pada kemudian hari kita di bangkit.
Penyakit yang Allah berikan ini adalah pencuci dosa bagi mereka yang berdosa, di mana Allah telah memerintahkan tiga Malaikat untuk datang kepada kita.
Malaikat yang pertama di tugaskan untuk mencabut nikmat kesihatan, maka kita mula merasa sakit, Malaikat kedua di tugaskan mencabut nikmat makan dan minum maka hilanglah segala selera nikmat makanan kita, Malaikat ketiga ditugaskan untuk mencabut dosa kita maka berkuranganlah dosa-dosa kita.
Dengan Maha pengasih dan penyayang kita bermohon dan berdoa kepada Allah supaya penyakit kita sembuh maka dengan izin Allah lalu sembuhlah penyakit kita itu, lalu Allah memerintahkan Malaikat pertama supaya memberikan semula nikmat kesihatan, Allah juga memerintahkan Malaikat kedua supaya memberikan nikmat makan dan minum maka bolehlah kita makan dan minum seperti biasa,
lalu Malaikat ketiga bagai mana pula dengan doa pesakit ini, lalu kata Allah dosa mereka telah aku ampunkan kerana mereka menanggung sakit kerana ujian yang telah Aku berikan kepada mereka.
Apa yang hendak saya sampaikan disini ujian kesakitan itu adalah pencuci dosa bagi mereka yang menerima dengan redha.
Kita akan merasa kelebihan kesakitan itu di Padang Mahsyar nanti kerana waktu itu dosa kita telah terhapus semasa kita menanggung sakit di dunia ini, dan ingatlah sehari di Akhirat bersamaan seribu tahun kita di dunia.
Sekarang kita berbalik kepada tajuk kita semua.
Dengar bunyi pelik tapi itulah gelaran yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu pada sejenis pokok pisang di dalam hutan yang mana jantung pisang dan buahnya melawan adat.
Pokok pisang ini sama sahaja seperti pokok pisang hutan, cuma buah dan jantungnya sahaja menunjuk ke langit.
Pokok pisang ini bukan seperti pisang hiasan yang kita tanam di laman rumah kita.
Kerana pokok pisang ini hanya tumbuh didalam hutan sahaja.
Apakah kelebihan atau rahsia yang ada pada buah pisang ini sedangkan kalau di makan rasanya kelat dan pahit.
Sebenarnya ia mempunyai rahsia yang amat hebat di mana kita tidak ketahui, buah pisang ini sebenarnya boleh merawat orang yang terkena santau, buahnya juga dapat merawat orang yang terkena sihir, jantungnya pula boleh merawat penyakit jantung yang lemah.
Bagi mereka yang terkena sihir cuba cari tiga biji buah dari pokok pisang derhaka ini lalu di tumbuk bagi hancur dan di campur dengan segelas air lalu di minum dengan membaca doa yang saya berikan disini in Sha Allah penderitaan sihir itu akan hilang dengan buat amalan selama seminggu, dengan izin Allah sihir itu akan hilang.
Saya menulis ini sebab apa yang Ayah saya buat waktu dia terkena sihir dahulu dan Alhamdulillah sihir itu berjaya di patahkan amalan yang saya tuliskan tadi.
Baca ayat ini dan tiupkan kedalam gelas yang ada buah pisang yang telah di hancurkan tadi sebelum minum.
0 Ulasan