Orang sekarang ini kalau nak muka nampak cantik mereka akan menggunakan mekap yang tebal semuanya mahal-mahal belaka, tetapi sayang bila basuh muka sahaja segala yang di pakai itu akan hilang serta merta dan semua kecantikan yang terpapar diwajah mereka itu adalah palsu semata- mata kerana mereka hanya bergantung kepada warna yang dicontengkan pada wajah mereka sahaja.
Cuba kita perhatikan orang-orang tua dahulu terutamanya orang yang warak wajah mereka nampak tentang dan berseri bagaikan bulan penuh purnama, jadi apakah rahsianya sehinggakan kita tidak puas memandang wajah mereka kerana bersih dan berseri, padahal mereka tidak pernah memakai sebarang mekap.
Rahsianya terlalu mudah sahaja dan tak perlu berbelanja lebih cukup hanya baca KALIMAH TAUHID DAN RASUL seperti dibawah dan membacanya sebanyak 100 kali selepas sembahyang subuh dan sabda Nabi Muhammad saw barang siapa yang membacanya sebanyak 100 kali sehari maka wajahnya akan bercahaya seperti bulan penuh purnama di hari akhirat kelak.
0 Ulasan