Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JAMPI TERGELIAT DAN SALAH URAT.

Seorang sahabat datang kepada saya untuk belajar doa sakit urat tampa mengurut tubuh badannya kerana sakit dan geli kalau disentuh dan katanya mahu belajar sebab selalu sakit urat dan kebas kaki dan tangan, jadi saya pun mengajarnya doa orang-orang tua-tua seperti pantun sahaja Kepadanya.

Doanya dan cara amalannya seperti ini yang saya ajarkan:

Ambil Seurat daun mengkuang yang belum dianyam buat tikar, dan suruh orang yang tergeliat atau salah urat itu (atau diri sendiri) ukur sejengkal pada mengkuang seurat itu dari jari tengah dan ibu jari, kemudian dipotong.

Cari minyak  kelapa atau minyak urutpun boleh dan dijampikan pada minyak tersebut 3X dan baca jampi 3X juga pada mengkuang itu dan berniat dihati sambil mengurut mengkuang yakni:-

Bukan aku urut mengkuang tetapi aku urut urat si…………………………

Kemudian baca jampi seperti ini dan mesti di ulang sebanyak 3x

Hai patah maharaja
Ruma bertemu dengan kulit
Kulit bertemu dengan daging
Daging bertemu dengan urat
Urat bertemu dengan tulang
Tulang bertemu dengan otak
Berkat Doa Doa Nabi Nabi pada sekelian manusia. 

Berkat doa. 

Dan akhir doa wajib di baca.. 

Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah.

Setelah menulis petua dan doanya, sahabat saya bertanya kalau tak mustajab juga apa yang patut beliau buat?...

Dengan mudah saya menjawab... "hang pi farmasi beli ubat sakit urat kalau tak lega juga".. sambil tersenyum saya berkata kepadanya, kerana dalam doa orang tua-tua dahulu pun dah pandai belajar belajar sains  kalau tidak dari mana dia tahu susunan dari kulit sampai ke tulang tubuh badan manusia.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan