Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HANTU TOYOL


Sudah puluhan tahun saya merawat pesakit dan berbagai-bagai masalah yang saya dengar dari keluhan pesakit, termasuklah misteri kehilangan wang kerana wang mereka diambil oleh makhluk halus yang di namakan hantu toyol..

Bila sebut sahaja hantu toyol pasti dalam fikiran kita akan terbayang hantu seperti seorang budak yang berwarna hijau badannya dan bertelinga panjang. Apa yang selalu orang fahamkan hantu toyol ini akan di bela oleh seseorang dengan tujuan untuk mencuri wang yang disimpan oleh orang kampung kerana bila wang yang mereka simpan akan hilang biarpun wang itu telah di simpan secara rahsia.

Terus terang saya katakan toyol yang mencuri wang di dalam rumah mereka tak semestinya toyol itu berkepala hijau dan ada juga toyol yang berkepala hitam, jadi itulah yang selalu saya terangkan kepada mereka yang  barmasalah kehilangan wang yang di simpan di rumah mereka.

Untuk mengenal pasti jenis toyol yang mencuri wang mereka, saya mengajar mereka dengan cara yang paling mudah iaitu dengan menyuruh mereka mengambil getah rokok dan mengikat duit yang disimpan itu dengan ketat supaya tidak boleh di buka.

Mereka akan bertanya kenapa perlu di ikat dengan getah Ustaz?...

Saya akan mejawab hantu toyol yang berkepala hijau tidak pandai mengambil duit yang telah di ikat dengan getah sebab itu adalah sumpahan kepadanya, tetapi hantu toyol kepala hitam tidak ada masalah untuk mengambilnya walaupun duit itu di ikat dengan getah.

Mereka akan bertanya kepada saya" kuat betul hantu toyol yang berkepala hitam tu  Ustaz".. 

"Ia menang hebat sebab kamu yang boleh melihatnya jawab saya".. 

Untuk masalah sebegini sekiranya memang benar ada hantu toyol mengambil wang dari tempat simpanan, saya akan ajarkan petua cara orang tua-tua dahulu mengelakkan wang simpanan mereka di ambil oleh hantu toyol.

Caranya ialah carikan daun mengkuang selebar satu jengkal dan jangan di buang durinya kemudian tuliskan wafak bermula dari huruf jawi iaitu dari Yaa sehinggalah huruf Alif, sebelum menulis wafak ini hendaklah solat hajat dua rakaat kemudian tidur dalam keadaan menirap menghadap kiblat dengan lidah menongkat langit-langit   barulah menulis wafak itu dan simpanan di tempat simpanan duit anda. 

In Sha Allah duit anda tak akan di ambil oleh hantu toyol lagi.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan