Ia sememangnya hodoh serta jijik, malah selalu di pandang rendah oleh manusia.
Bagi manusia ia tiada erti dan menjijikkan bila melihatnya di kawasan rumah.
Tetapi kini ia telah semakin pupus malah amat sukar lagi untuk di temui ataupun mungkin rahsia dan kelebihan yang ada padanya akan pupus untuk selama dimamah zaman.
Tentu mereka akan bertanya apakah binatang itu? Sebenarnya ia ialah seekor binatang yang dinamakan Katak Kodok ataupun dinamakan katak puru.
Katak kodok sebenarnya mempunyai satu sumpahan yang boleh menangkis segala sihir dan pukau, sekiranya katak kodok berada di dalam rumah yang kita diami segala sihir dan pukau tidak dapat menembusi rumah kita, sebab itulah pada zaman dahulu orang tua-tua dahulu memelihara katak kodok di dalam rumah mereka sebagai penangkis segala sihir.
0 Ulasan