Hari ini saya nak bercerita tentang pokok yang di anggap berhantu dan selalunya ia akan di kaitkan dengan hantu pontianak atau penunggu
Pokok yang saya maksudkan ialah pokok ara beringin yang akarnya tinggi dari atas menjuntai ke tanah. Pokok ini juga sering di jadikan tempat kuil-kuil orang lndia untuk tujuan permujaan sehinggakan di anggap keras dan berpenunggu.
Sebenarnya pokok ini tak ada apa-apa pun dengan mitos tersebut kerana dari kecil lagi saya selalu bermain di bawah pokok ara beringin kerana mencari buah ara beringin yang telah masak jatuh ketanah untuk di jadikan umpan untuk memancing ikan lampam kerana ikan lampam cukup suka dengan buah ara beringin yang telah masak.
Untuk pengatahuan semua orang tua-tua dahulu selalu mengambil daun dari pokok ara beringin untuk di jadikan mandian kepada anak-anak mereka yang kerap sakit ataupun demam pada waktu malam.
Cara membuat rawatan untuk masalah tersebut adalah amat mudah sahaja dengan mengambil daun dari pokok ara tersebut sebanyak dua ratus gram dan di masak dengan sebaldi air sehingga mendidih kemudian di campurkan dengan air biasa sehingga menjadi suam-suam kuku kemudian di mandikan anak yang kerap sakit itu selama beberapa hari.
Alhamdulillah inilah cara orang tua-tua dahulu merawat anak mereka yang selalu sakit atau demam malam.
0 Ulasan