Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HERBA KALAU TULANG RETAK

Selalunya tulang retak lebih terasa ngilu daripada tulang yang patah, malah kalau orang tua-tua dahulu sekiranya kalau tulang yang retak mereka akan patahkan terlebih dahulu barulah tulang itu di rawat kembali kerana merawat tulang yang patah lebih senang daripada tulang yang retak, sebab tulang yang retak membawa kesan ngilu yang berpanjangan.

Jadi hari ini saya ingin menceritakan rahsia atau petua orang tua-tua dahulu
merawat tulang retak agar tulang itu cepat sembuh dan tidak terasa ngilu berpanjangan.

Caranya mudah sahaja ambilkan rumput yang selama ini anda merasa tidak berguna yang tumbuh di halaman rumah anda iaitu Rumput Sambau, ambil seberapa yang boleh untuk di gunakan membalalut tempat yang patah.
Tumbuk rumput itu biar hancur dan letakkan di tempat yang patah biarkan selama tiga hari baru buka.

Amalkan petua ini selama dua atau tiga kali, In Sha Allah tulang yang retak itu akan sembuh dengan cepat.


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan