Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NAK KURUS TAK PERLU BELANJA LEBIH.


Dalam usia saya sebegini sudah banyak saya tengok dan belajar untuk mengenali herba dalam perubatan tradisional dan sebenarnya dalam kehidupan saya yang hidup bertemankan orang tua-tua dahulu banyak memberi pengatahuan kepada saya dalam bidang Perubatan tradisional.

Jadi pada hari ini saya ingin memberi satu rahsia kepada mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan dari gemuk kepada kurus yang cantik.
Daripada kita dok merapu membeli produk kurus lebih baik buat sendiri kerana bahannya mudah dan selamat serta cukup senang untuk dapatkannya malah amat berkesan sekiranya kalau diamalkan berserta diet yang betul.

Caranya mudah sahaja ambilkan beberapa kerat batang pisang (tak kisah pisang apa) kerana batang pisang ia mengandungi cukup kaya serat, vitamin B6 serta kalium, kemudian masukkan ke dalam mesin blender serta masukkan dua sudu madu lebah dan secawan air putih.
Selepas di blender tapis air dari ramuan tadi dan minum, amalkan sehari dua kali In Sha Allah kalah produk kurus yang sedia ada. 
Kalau malas buat banyak-banyak simpan dalam peti sejuk.
Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan