Seseorang yang terkena penyakit hati sama ada hati bengkak atau keras adalah amat merbahaya kerana sesiapa yang mengalami penyakit ini mata mereka akan kekuningan dan perut mereka akan membengkak keras dan akhirnya mereka akan mati.
Inilah yang selalu belaku kepada mereka yang bermasalah dengan penyakit hati. Apa yang saya lihat kebanyakan mereka yang mengalami penyakit ini berpunca daripada mengambil dos ubatan yang tidak mengikut peraturan sama ada ubatan moden ataupun herba tradisional.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi petua orang tua-tua dahulu kepada mereka yang mengalami masalah ini.
Caranya mudah sahaja, sekiranya orang dahulu mereka yang mengalami masalah ini mereka akan mencari pokok dukung anak yang berukuran panjangnya satu jengkal sebanyak tiga pokok lalu di basuh bersih kemudian di tumbuk sehingga hancur. Apa bila sudah hancur mereka akan mencapurkan pokok yang di tumbuk itu ke dalam secawan susu kambing dan meminumnya (hendaklah di tapis dahulu sebelum meminumnya).
0 Ulasan