Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CARA-CARA PAKWE MELEPASKAN MARAH MENGIKUT LOKASI

ORANG LELAKI NI MEMANG TAK SUKA MARAH TAPI BILA ORANG POMPUAN BAGI MASALAH MAKA ORANG LELAKI GERENTI AKAN MARAH. TAHAP KEMARAHAN ORANG LELAKI MENGIKUT LOKASI UNTUK DIORANG LEP ASKAN. JOM KITA PERGI KE LOKASI-LAKOSAI TERSEBUT...

TAMAN BUNGA

Sedang makwe korang merajuk marah dengan petik bunga, si pakwe pulak akan baring atas kerusi taman sembil tangan kat dahi. Tengok-tengok kot ada kapal terbang yang lalu.


DALAM KERETA

Dah semestinya dia akan bawak laju-laju dan pasang radio kuat-kuat. Tak cukup dengan tu dia bukak pulak tingkap macam tak cukup aircond pasal dah berangin dan berasap satu badan.


DI PUSAT MEMBELI BELAH

Jika si pakwe marah dia akan tinggalkan makwanya dan tunggu di parking. Dia tau akhirnya si makwe akan datang jugak ke situ tapi ada jugak yang terus tinggalkan dan blah begitu sahaja. Vonggok kan


ATAS MOTOR

Marahnya tak ketara sangat sebab tengah bawak motor. Bila si makwe pegang bahu dia akan tolak tangan makwenya. Itu menunjukkan dia tengah marah la tu.


DALAM HENPON

Biasanya bila dalam henpon ni makwe yang akan cakap ikut sedap mulut, si pakwenya pulak marah tak akan angkat henpon kalau berbunyi. Kalau marah sesangat dia akan off henpon tu dan on bila nak guna sahaja.


KEDAI MAKAN

Si awek tak makan bila marah dan si pakwe pulak akan kuat makan. Habis makanan dalam pinggannya dan ditengoknya pinggan si makwe masih tak terusik si pakwe tak akan makan makanan makwenya sebaliknya akan order lagi satu dan siap tapau lagi.


LAIN-LAIN LOKASI

Lain-lain lokasi mungkin kat panggung wayang, pesta orang ramai, pantai, dia akan usha perempuan lain. Tambahkan lagi marah makwanya. Mungkin juga nak memperbaiki hubungan dengan melakukan perkara tersebut atau mungkin nak cari pasangan baru. Hohoho!




Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan