ADAPUN FAKTA DI SINI ADALAH BUKAN BERDASARKAN KAJIAN SAINTIFIK YANG MENYELURUH TAPI RASANYA MACAM KENA AJE. TAK CAYA, BACA.
Selangkah lelaki bersamaan dengan tiga langkah perempuan tetapi tiga langkah lelaki akan menjadi selangkah perempuan bila orang nampak perkataan SALE!
Berdasarkan kajian, jumlah perempuan yang memakai cermin mata adalah lebih tinggi peratusannya dibandingkan dengan lelaki. Kemungkinan besar, kebanyakan perempuan lebih banyak mengalami rabun sebab diorang mudah rambang mata.
Apabila menjelangnya bulan puasa, seseorang wanita akan mengurangkan kekerapan bercakap dan sebaliknya melipatgandakan aktiviti membeli-belah.
Kegemaran orang perempuan ialah menyalin resipi, fotostat resipi, mengumpul resipi. Namun biasanya, masak tak ikut resipi.
Kebanyakan perempuan suka ajak kawan keluar makan sama-sama tapi susah betul nak belanja kawan tu makan.
Kata bidalan yang sangat-sangat menjadi feveret perempuan bagi menguatkan hujah membeli barangan berjenama adalah, "Alah membeli, menang memakai."
0 Ulasan