Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kenangan Puntianak


Fatimah dan Rachel, tersengguk-sengguk menahan mata terlelap. Manakala mak long dan dua orang sepupunya dah tersandar tidur. Sesekali Rachel mencuri pandang jenazah nenek walaupun dia ketakutan.

Fatimah benar-benar tidak dapat menahan matanya. Dia terlelap tapi tidak lena. Fatimah rasakan ada orang berdiri di depannya. Dia membuka perlahan kelopak matanya. Ada orang di depannya berbaju putih dan samar samar. Dari pandangan tepi matanya dia melihat katil bujang di mana jenazah arwah nenek diletakkan kosong.

Degup jantung Fatimah makin laju. Mata yang hendak dibuka ditutup semula. Fatimah yakin orang yang berdiri di depannya adalah nenek. Mulut Fatimah terkumat-kami membaca ayat-aya suci al-Quran sebagai pelindung diri. Fatimah tahu nenek dah bergerak dari depannya. Fatimah terus menyenggol Rachel yang kepalanya tersandar di bahunya. Rachel membuka mata malas tetapi serta merta mata hitam Rachel membulat besar kerana di depan berdiri nenek.

"Ananaaaaaaaa!!!" Rachel menjerit ketakutan. Semua terjaga. Ustaz dan beberapa orang lelaki kat beranda terus meluru masuk ke ruang tamu. "Ya Allah. Setan! Auzubilahiminnasyaita

Ustaz membaca dan meniup ke arah nenek. Nenek rebah semula dan sempat disambut ustaz.

"Belum berakhir, kita takkan biarkan Arena menguasai kita semua. Saya kena hapuskan dia." Kata Ustaz. Ustaz duduk bersila dan membaca sesuatu. Tingkap terus terbuka. Puk!Puk! Puk! Ustaz mengeluarkan keris kecil di tepi lipatan kain pelikatnya.

"Turun ke depan aku." Kata Ustaz.

Fatimah dan Rachel memandang ke atas siling, rupanya hantu Arena ada di tiang atas. Arena mengendong anak duduk di depan ustaz.

"Bismillahhirahmanniahim.  untuk kebaikan kau." Kata ustaz.

"Aaaaaaaaaaaaaa!!! Uuuwekk! Uuwe!!!"

Suara Arena menjerit dan suara bayinya menangis. Arena yang hodoh tadi dan bertukar menjadi Arisa. Ustaz menjampi air dan merenjiskan pada muka Arisa. Arisa tersedar. Arisa memandang ustaz, dia terus memeluk mak longnya. Kemudian pergi pada Fatimah dan Rachel.

Arisa menggangguk-angguk kepala. Dia ada di sisi Arena sepanjang waktu. Arena yang menyorokkannya dari pandangan orang lain.

Arisa memandang jenazah neneknya. Arisa tersedu-sedan menangis. Dia pulang ke kampung halaman setelah lama merantau membawa diri merajuk dan kini Arisa pulang untuk memohon keampunan pada kakak dan neneknya namun ini yang terjadi.

"Dah, pergi solat, bergilir solat subuh. Pukul 7.30 pagi ni kita mandikan jenazah dan sediakan jenazah untuk kebumikan.' Beritahu ustaz. Setelah semuanya sudah siap, jenazah nenek di bawa ke tanah perkuburan yang berhampiran di rumah mereka.

"Arisa, lepas ni saya dan Fatimah akan balik KL, awak duduk dulu kat sini. Kalau rasa nak balik KL beritahu, nanti kami tunggu di stesen bas." Beritahu Rachel. Arisa mengangguk-angguk kepala kemudian mereka bertiga berpelukan. "Saya mungkin akan terus menetap di kampung halaman saya. Saya takkan balik KL. Banyak kenangan saya di sini." Kata Arisa sambil tersedu-sedan. Rachel mengangguk, Rachel tidak mahu lagi menunggu lama di kampung. Cukuplah pengalaman yang dialaminya. Tengah hari itu selepas makan Rachel dan Fatimah di hantar ke stesen bas untuk pulang ke KL.

"Fatimah, balik ni saya nak pelajari Islam, saya nak masuk Islam." Beritahu Rachel dalam perjalanan balik. "Betul? Syukur alhamdulillah. Awak rasa Arisa akan balik ke? Lagipun dia cakap banyak kenangannya di kampung itu." Tanya Fatimah. "Saya tak rasa Arisa akan balik. Dia takkan balik. Memang dia banyak kenangan... Kenangan Puntianak. Itu bukan Arisa, Arena dah masuk dalam badan Arisa." Beritahu Rachel namun Fatimah tak dengar kerana dia terlelap kerana keletihan.

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan