Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CARA TRADISIONAL MERAWAT TISU TERKOYAK


Lama sudah saya tidak berkongsi petua orang-orang tua dahulu kala yang cukup mustajab malah herba ini mudah didapati. 

Jadi hari ini  saya kongsikan satu petua yang amat berguna dan mudah di amalkan kerana herba ini amat mudah di dapati, malah  penggunaannya amat memberi kesan yang cukup menakjubkan kepada mereka yang bermasalah dengan tisu otot yang terkoyak sama ada kepada mereka yang bersukan ataupun kepada mereka yang terjatuh akibat kemalangan.

Caranya mudah sahaja ambil segenggam daun lalang yang muda lalu bakar daun lalang itu sehingga menjadi hangus seperti arang dan ambil segenggam beres pulut hitam di tumbuk halus seperti tepung kemudian dicampurkan dengan daun lalang yang telah di bakar hangus tadi. Gaulkan sehingga sebati dengan di campurkan sedikit minyak masak dan balut di tempat yang bermasalah itu seperti lutut dan lengan tangan, biarkan selama satu hari atau dua hari baru buka balutan itu.

Lakukan ia beberapa kali In Sha Allah tisu otot kita yang terkoyak itu akan cepat sembuh seperti sedia kala.

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan