Hari ini ingin saya ijazahkan satu llmu yang di namakan ayat 4 untuk menjaga diri sebagai pendinding diri dan juga melawan musuh, llmu ini adalah warisan orang-orang melayu dahulu yang kuat pegangan agamanya dan pengamalnya mestilah mengikut syaratnya iaitu tidak boleh meninggalkan solat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi, tidak boleh berzina.
Amalkan ilmu ini selepas solat waktu maghrib dan subuh wajib selama 100 hari, ln Sha Allah tidak ada satu sihir pun yang dapat mambinasakan kita, apakah lagi musuh yang terang tidak akan mampu mencederakan tubuh kita kerana tidak akan bergerak kaki dan tangan bila berhadapan dengan kita.
لا إله إلا أنت، سبØانك اني كنت من الظالمين
La Ilaaha Illa Anta, Subhaanaka Inni kuntu minadz Dzoolimiin.
‘Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu sesungguhnya aku
termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.
Baca 33x dan bila selesai baca sedut nafas dalam sedalamnya kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.
والله غالب على أمره
Wallahu Ghaalibun ‘ala amrih
‘Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya.
Baca 33x dan bila selesai baca sedut nafas dalam sedalamnya kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.
ياØÙŠ، يا قيوم، يا الهنا، وإله كل شيء، إلهاً واØداً، لا إله إلا أنت
.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Ilaahana, Wa Ilaha Kulli Syai-in, Ilaahan
Waahida, La Ilaha Illa anta.
‘Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri,
Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada
tuhan melainkanMu.
Baca 33x dan bila selesai baca sedut nafas dalam sedalamnya kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.
يا ذالجلال والإكرام
Ya Dzaljalaali Wal-ikraam
‘Wahai Tuhan yang memiliki segala Keagungan dan Kemuliaan.
Baca 100x dan bila selesai baca sedut nafas dalam sedalamnya kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan..
Tanda-tanda ilmu ini menjadi ialah seperti berikut :-
1.seluruh badan terasa meremang, merinding.
2.muka dan telinga terasa sejuk.
3.aliran hawa sejuk seperti air batu mengalir dari tengkukturun ketulang belakang dan menyelerak ke bahu
4.berdiri bulu roma, mata rasa ingin tertutup kerana khusyuk.
5.terasa berasa semangat seperti nak bangun.
6.rasa tubuh badan sedikit-sedikit terangkat dan akhirnya rasa seolah-olah terapung dari tempat duduk.
Buat zikir sambil pejam mata dengan memahami maksud ayat-ayat tersebut.
0 Ulasan