Orang tua-tua dahulu kata kena ludah Jin sebab itulah kulit menjadi gatal serta bengkak di bahagian kulit dan ada juga orang kata penyakit Sopak Garam, di mana kulit sangat gatal dan semakin di garu semakin bengkak di bahagian kulit.
Jadi hari ini ingin saya kongsikan petua orang dahulu untuk merawat penyakit seperti ini.
Caranya mudah sahaja ambil akar kelapa dalam segenggam kemudian rebus akar kelapa itu untuk dibuat minum dan ambil sedikit air rebusan akar kelapa itu untuk membasuh tempat yang gatal itu, amalkan selama beberapa hari.
In Sha Allah penyakit gatal itu akan hilang malah rebusan akar kelapa itu juga boleh merawat segala penyakit yang bermasalah dengan gatal dengan cara yang sama, kecuali gatal nak kahwin saja akar kelapa itu tak boleh merawat.
0 Ulasan