Bila sampai di rumah selepas menunaikan solat zohor saya terus tertidur, niat hati sekejap sahaja sebab nak pergi melihat madrasah yang telah hampir sepuluh hari saya tinggalkan.
Mungkin badan terlalu letih gamaknya kerana rehat tidak cukup, biasalah bila sudah berumur badan selalu sahaja terasa letih.
Mata terasa amat segar sekali bila mendapat rehat yang cukup bersama menghirup udara yang segar di kampung.
Tiba-tiba saya terlihat pokok resam ataupun paku resam, maka teringatlah saya kepada seseorang yang saya janji untuk mengajarnya cara merawat deman panas.
Cara merawat demam panas mengikut kaedah orang-orang tua dahulu teramat mudah tetapi wajib mengikut panduan yang betul baru cepat menjadi bila mengamalkannya petuanya.
Cara begini ambil daun paku resam dalam seratus gram dan cari tiga biji tempurung kelapa jantan jikalau untuk lelaki dan jikalau perempuan cari tempurung betina dengan jumlah yang sama.
Masukkan semua tempurung kelapa itu bersama daun resam ke dalam periuk dan rebus sehingga panas.
Bila air rebusan itu telah mendidih masukkan ke dalam baldi dengan di campurkan air putih sehingga menjadi suam-suam kuku, kemudian mandi dengan air rebusan itu dengan bermula dari kaki sampai ke lutut, kemudian dari kaki pula sampai ke pusat, kemudian dari kaki sampai ke bahu, kemudian dari kaki sampai kepala.
Air rebusan itu hendaklah di mandi selama tiga hari berturut-turut, untuk hari pertama bermula pukul tujuh malam dan malam kedua pukul lapan malam kemudian hari seterusnya ialah pukul sembilan malam, sebolehnya mandi di luar rumah agar wap panas akan keluar dengan cepat semasa mandi nanti.
Untuk mempercepatkan proses keluar panas dalam ambil asam jawa gosokan di seluruh badan dan biarkan selama lima minit baru bilas dengan air putih yang bersih.
Panas yang bersarang dalam tubuh kita akan keluar bila melihat badan pesakit demam panas seperti berasap. Selepas mandi rebus tiga kuntum bunga raya dengan segelas air untuk di buat minuman.
In Sha Allah pesakit akan sembuh dengan cepat.
AWAS PENYAKIT DEMAM PANAS TIDAK BOLEH MANDI PADA WAKTU TENGAH HARI.
0 Ulasan