BILA BERCAKAP PERIHAL PISANG PASTI ADA YANG TERGELAK HANYA DEK KERANA NAMA PISANG ITU SENDIRI YANG TIADA LANGSUNG LAMBANG KEGAGAHAN DAN KEMEWAHAN DI DALAMNYA, TAPI SETELAH DISELIDIK PISANG ADALAH BUAH YANG HEBAT KERANA...
akan menjadi juadah pencuci mulut utama dan ruji pada majlis-majlis kendun serta menjadi tumpuan umum di masjid pada hari Jumaat, tidak kepada buah yang lain,
Walaupun pisang mempunyai banyak nama sampingan seperti abu, awak, tanduk, emas tapi percayalah bahawa pisang itu sendiri tidak memiliki kad pengenalan original mahupun fotostat.
Satu-satunya buah yang boleh dimasak, digoreng, disalai, dibuat inti, dikekkan, dibuburkan dan dijadikan pelbagai jenis kuih. Sekali gus tanpa syak wasangka lagi.. belum ada lagi tembikai goreng mahupun pengat langsat.
Walaupun pisang tidak pernah didewasakan akan tetapi untuk mendewasakan kanak- kanak lelaki, maka batang pisanglah yang akan menjadi saksi utama kejadian tersebut.
Korang tak akan mendengar penyakit iantung berlubang, jantung tersumbat, lemah jantung kepada pokok pisang walaupun jantung pisang terjulur keluar di khalayak ramai.
Sedar atau tidak sedar bahawa kulit pisang adalah pelakon popular di dalam mahupun di luar negara. Lihat sahaja adegan orang atuh terpijak kulit buah.. buah apa? Ya, sudah tentu kulit pisang.
0 Ulasan