ISH, ISH... APA NAK JADI DENGAN PAKWE-PAKWE SEKARANG NI, KEBANYAKANNYA SEMUA TAK BOLEH PAKAI. BUKAN MAIN LAGI NAK ADA AWEK, BILA DAH ADA TAK RETI PULAK NAK JAGA ELOK-ELOK. HATI PEREMPUAN MUDAH TERSENTUH DAN TERASA, JANGAN LA BUAT DIORANG MERAJUK. ANTARA SEBAB DIORANG MERAJUK
ADALAH KERANA...
Masa awal berkapel dulu awek tak sempat ajak keluar korang dah pelawa dulu tapi sekarang bila awek ajak keluar macam-macam alasan korang bagi. Kalau kawan yang ajak keluar, tak sempat dia habis cakap korang dah setuju.
Awal berkapel dulu bukan main lagi bertanya tarikh lahir siap set dalam henpon. Bila dah lama, tarikh lahir awek tiba buat-buat tak ingat. Kalau tarikh game bola tu habis kalendar diconteng takut termiss.
Asyik bawak ke tempat makan yang sama. Dah naik muak makan menu yang sama. Cuba la sesekali kasi surprise bawak makan kat tempat yang lain pulak. Cuba kawan- kawan dia ajak pi makan kat tempat baru, dari KL turun Melaka pun sanggup.
Bila bagi hadiah hari jadi, tak best langsung. ala kadar dan asal ada aje. Ntah apa-apa ntah. kalau tiap tahun asik bagi bunga Ingat romantik sangat la tu. Ntah-ntah petik bunga mailis perbandaran yang melambak kat tepi falan, amik je mana ndak.
Kalau awek dah planning nak pegi ke satu tempat ngan kengkawannya dan mintak hantar atau jemput mesti beralasan yang bukan-bukan dan seboleh-boleh tak nak
Bila awek bercerita korang buat dengar tak dengar, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cuba korang plak bercerita dan dia buat tak dengar, buat donno je... tau pulak korang marah.
CARA-CARA MAKWE MELEPASKAN MARAH MENGIKUT LOKASI
CARA-CARA PAKWE MELEPASKAN MARAH MENGIKUT LOKASI
0 Ulasan