Selalunya orang mengadu masalah sakit kepada saya tetapi hari ini ada orang mengadu masalah anai-anai membuatkan saya tersenyum pada pagi ini.
"Aku dah tak tau nak buat apa dengan anai-anai semua ubat anai-anai aku dah guna tapi sat saja, dok tak berapa lama anai-anai dia mai balik"
Itulah keluhan daripada kawan yang baru tiga tahun mendirikan sebuah rumah di tanah arwah ayahnya yang dahulunya di taman pokok getah.
Dengan tersenyum saya berkata kepadanya " kalau hang nak petua tak mahu dah bagi anai-anai serang rumah hang dah balik nanti hang pi beli minyak tanah anggaran seberat dua kilo dan garam kasar satu kilo kemudian campurkan garam ke dalam minyak tanah dan kacau garam itu sehingga larut dalam minyak tanah, lalu biarkan selama semalaman. Selepas cukup masa semalaman sembur kan minyak tanah itu pada tempat anai-anai In Sha Allah anai-anai tak akan serang lagi rumah hang kerana petua Inilah yang orang tua-tua dahulu guna pada kayu bila nak buat rumah supaya anai-anai tak makan kayu rumah mereka.
0 Ulasan