Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIGA HARI TAK SAMPAI BUDAK KUNING DAH HILANG.



Semalam saya ada berjanji nak memberi petua kepada seseorang yang bermasalah anak kuning baru lahir dan memandangkan saya bercerita berkenaan kelebihan daun sukun jadi hari ini saya sambung terus kelebihan daun sukun untuk merawat masalah anak kuning bila lahir

Masalah anak kuning bila lahir jikalau di biarkan berlanjutan terlalu lama boleh mengakibatkan minda anak-anak anda akan terganggu sehinggakan ia boleh menyebabkan anak anda menjadi lembab, jadi hari ini saya ingin berkongsi satu petua orang tua-tua dahulu untuk merawat masalah anak kuning bila ia dilahirkan.

Petuaanya amat mudah dan cukup mustajab kerana sekiranya sesiapa yang mengamalkan petua ini anak yang bermasalah penyakit kuning itu akan sembuh dengan cepat dalam tak sampai tiga hari anak itu sudah sembuh.

Petuanya begini cari pokok peria katak dan sehelai daun sukun yang di basuh bersih kemudian masukkan air untuk di rebus. Apabila air sudah mendidih campurkan dengan air putih sehingga itu menjadi suam-suam buah untuk anak yang kuning itu boleh dimandikan dengan air rebusan daun herba tersebut.

Mandikan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang, lakukan tiga hari berturut-turut In Sha Allah penyakit kuning itu akan sembuh dengan cepatnya.

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan